Peluang buat duit dengan mudah.Join sekarang.Daftar percuma untuk ketahui lebih lanjut.Klik Disini

JAWATAN KOSONG: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41 (Sementara) di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

JAWATAN
1 TAHFIZ AL-QURAN
2 PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB
3 AKADEMIK

SYARAT KELAYAKAN

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Sains / Sastera yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PPP/PDDK/2011 yang boleh dimuat turun melalui laman web : www.jaik.gov.my atau dapatkannya di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, 
JALAN RAJA, 
05676 ALOR SETAR.
TEL : 604-7745400

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di alamat berikut ;

PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, 
JALAN RAJA, 
05676 ALOR SETAR. (U.P.: BAHAGIAN PENDIDIKAN)

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan : 21 ogos 2011

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails