#JAWATAN KOSONG ~ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) - Jawatan Kosong Terkini

Latest

Find Us on Facebook

TEMPAHAN IKLAN 468X60

Friday, May 12, 2017

#JAWATAN KOSONG ~ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 

1.(a) Jawatan : Jurutera, Gred J44 

(b) Badan Berkanun : Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

2. Jadual Gaji (Min - Max) : RM3,608.00 – RM10,557.00 3.

Syarat Lantikan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan tidak kurang lima (5) tahun dalam bidang berkaitan

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan mempunyai pengalaman dalam pengurusan projek

4. Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

5. Penaklukan di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan (nyatakan seperti di 1(a) di atas) adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa

6. Fungsi Bidang Tugas : Mengurus, menyelia, melaksanakan dan mengambil tindakan susulan yang berkaitan penyelenggaraan dan pembaikan aset di MATRADE

7. Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2017 

CARA MEMOHON 

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang Jobsmalaysia,

Klik www.jobsmalaysia.gov.my

 Catatan Am : 

a) (i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad;
(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah mengangap permohonan mereka tidak berjaya; dan
(iii) Tempoh sahlaku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

b) Bagi permohonan Pegawai Gred J41 yang sedang berkhidmat tidak kurang 5 tahun di mana mana jabatan/agensi kerajaan, adalah layak memohon untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Gred J44 apabila telah :-
i) disahkan dalam jawatan & gred sekarang;
ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
iii) melepasi semua tahap kecekapan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

TERKINI DI BLOG SENSASI