#JAWATAN KOSONG ~ Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) - Jawatan Kosong Terkini

Latest

Find Us on Facebook

Monday, September 11, 2017

#JAWATAN KOSONG ~ Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di MIROS sebagaimana berikut:

 1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41 
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 
3. FELO PERKHIDMATAN (SETARA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41)

 PERMOHONAN 

Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun melalui pautan dibawah. 

Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

 (a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari \ pusat-pusat pengajian tinggi;
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
(f) Surat pelepasan biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan dan Sijil pendaftaran calon kurang upaya/surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan). 

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

 Urus Setia Pengambilan 
Unit Pengurusan Sumber Manusia, 
Bahagian Khidmat Pengurusan, 
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, 
Lot 135, Jalan TKS 1, 
Taman Kajang Sentral,
 43000 Kajang, 
Selangor. 

 Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga.

Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.


 Lokasi : SELANGOR 

Tarikh Tutup : 22 SEPT 2017 

 IKLAN KEKOSONGAN

No comments:

Post a Comment

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:

Ditaja oleh FeedBurner

TERKINI DI BLOG SENSASI